KEMBALI KEPADA AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH

Alamat: 9908-3, Batu 2 1/2, Batu Hampar, Pringgit, 75350 Melaka
Urusetia: 016-6186310 (sms), setiausahaibh@gmail.com
Bank: Institut Ibnu Hajar 554110100995 Maybank

Selamat Datang

Kata kata Aluan

Pengerusi

Lembaga Pemegang Amanah

Institut Ibnu Hajar

بسم الله الرحمن الحيم

Segala puji bagi Allah, Pemurah dan Penyayang. Selawat untuk Nabi Muhammad s.a.w., khatamun-nabi yang telah membawa risalah Allah untuk di sampaikan kepada ummatnya sebagai rahmat hingga ke Hari Qiamat

Dengan ini saya selaku Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah, Institut Ibnu Hajar (IBH), amat bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana tahun 2008 mencatit satu detik peristiwa iaitu NGO Sunnah yang pertama di tubuhkan di Melaka. Selama ini kumpulan-kumpulan yang berfahaman Sunnah di Melaka ini tidak dapat duduk bersama untuk merancang aktiviti-aktiviti Sunnah dan menyelesaikan apa jua masaalah yang di-hadapi.

Harapan kami Lembaga Pemegang Amanah IBH ialah setiap pendukung Sunnah di Melaka dan di merata Malaysia berusaha dengan gigih, sabar dan bersistematik untuk sama-sama menyampaikan ilmu Al-Qur’an dan Sunnah kepada masyarakat menurut kemampuan masing2.

Kepada masyarakat Islam secara umum, seruan saya ialah kembalilah kepada ajaran Islam yang telah di amalkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Dalam ertikata lain, kembalilah kepada ajaran Islam yang original dari aspek aqidah, ibadat dan syariatnya.

Sekian, wabillahitaufik wal-hidayah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Pengerusi IBH

VISI

MENGAJAK UMAT ISLAM

KEMBALI KEPADA AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH

MISI

  • MENJADI WADAH PENDAKWAH AS-SUNNAH

  • MENGADAKAN CERAMAH DAN MAJLIS ILMU

  • MENGHIDUPKAN SUNNAH RASULULLAH s.a.w.

Peta Lokasi Universiti Kuala Lumpur MICET, Taboh Naning, AG, Melaka

Ahad, 17 Ogos 2008

Pembetulan

Konvensyen Sunnah Ke 4 Di Melaka
28hb Desember 2008 / 30hb Zulhijjah 1429

Sila ambil perhatian bahawa mesyuarat pembentukan jawatan kuasa kerja Konvensyen Sunnah Ke 4 akan di adakan pada

23hb Ogos 2008
10.00 pagi
Darul Hadis, Brisu, Alor Gajah, Melaka

Sekian, terima kasih.

S/Usaha LPA-IBH


View Larger Map

Isnin, 11 Ogos 2008

Konvensyen Sunnah 2008

11hb Ogos 2008

Kepada Yth

Tuan/Puan/Sdra/Sdri
Para Penyokong Institut Ibnu Hajar

Per: Konvensyen Sunnah Ke 4 Di Melaka
28hb Desember 2008 / 30hb Zulhijjah 1429

Dengan Hormat,

Suatu mesyuarat akan diadakan untuk membincang perkara tersebut diatas bertempat di Darul Hadis, Brisu, Alor Gajah pada 24hb Ogos 2008 jam 10.00 pagi.

Agenda mesyuarat adala sebagai berikut:

1. Ucapan Pengerusi

2. Taklimat Penasihat

3. Pembentukan Jawatan Kuasa Kerja Konvensyen Sunnah 2008

4. Lain-lain hal

5. Penangguhan mesyuarat

Kehadiran tuan/puan/sdra/sdri amat di hargai.

Jazakumullahi khairan katsir.

Wassalam.

S/Usaha LPA-IBH


View Larger Map

Khamis, 12 Jun 2008

Pemberitahuan - Kursus

Tuan/Puan/Sdra/Sdri,

Assalamu a'laikum

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa:

Kursus Pengurusan Jenazah Menurut Al Qur'an dan As Sunnah yang di jadualkan berlangsung pada 29hb Jun 2008 di Pusat CNI Taman Batu Berendam Putra di tangguhkan.

Kursus tersebut akan di adakan pada 6hb Julai 2008 di Pusat CNI Taman Batu Berendam Putra, insya alLah.

Pensyarah dan jadual program tidak berubah.

Terima kasih.

Wassalam,
Setiausaha IBH.

Kursus Pengurusan Jenazah

Penceramah

1. Ustaz Arif Nazri

  • B.A. dalam Bidang Hadith di UIA
  • M.A. dalam Bidang Hadith di UIA
  • calon PhD dalam Bidang Hadith di UIA
  • Pensyarah dalam bidang Hadith (Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM)

(Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak)

2. Ustaz Fadlan Mohd. Othman


  • B.A. dalam bidang Aqidah dan Dakwah di Uni Islam Madinah
  • M.A. dalam bidang Tafsir di UKM
  • calon PhD dalam bidang Hadith di UIA
  • Pensyarah dalam bidang Tafsir dan Hadith (Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM)

(Sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak)

Aturcara

8.30 pagi: Pendaftaran Peserta

9.00 pagi: Sarapan

9.30 - 10.30 pagi: Ceramah "Pedoman Rasulullah dalam pengurusan jenazah"

10.30 - 10.45 pagi: Rehat dan Soal-jawab

10. 45 - 11.45 pagi: Demo praktikal pengurusan jenazah

11.45 - 1245 tgh: Soal-jawab

12.45 - 1.15 tgh: Makan tengahari

1.15 tgh: Wuduk-Solat-Bersurai

Nota:

Yuran pendaftaran sebesar RM15.00 seorang (merangkumi buku dan makan minum)
“Hukum Berkaitan Pengurusan Jenazah”
oleh Muhammad Nashiruddin al Albani
terbitan Jahabersa
http://www.jahabersa.com.my/store/En/productdetail.asp?ISBN=978-983-3817-74)

Ahad, 8 Jun 2008

Kursus

7hb Jun 2008

Kepada Yth

Tuan/Puan/Sdra/Sdri
Para Penyokong
Institut Ibnu Hajar (IBH)


Assalamu a’laikum warahmatullahi wa barakatuh.

Per: Perasmian Kursus Pengurusan Jenazah
Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah s.a.w.

Tuan/Puan/Sdra/Sdri

Dengan segala hormat, kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Kami Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Ibnu Hajar, IBH mengundang tuan/puan/sdra/sdri ke majlis yang akan di adakan pada:


Tarikh : 29hb Jun 2008 (25hb Jamadilakhir 1429)
Tempat: Pusat CNI, Taman Batu Berendam Putra, Melaka
Jam : 9.00pg – 12.30 tgh.


Besar harapan kami semoga tuan/puan dapat meluangkan masa memenuhi undangan kami ini. Kesediaan tuan/puan/sdra/sdri di dahului dengan Jazakumullahi khairan katsira.

Sekian.

Wabillahi Taufiq wal Hidayah
Wassalamu a’laikum warahmatullahi wabarakatuh.


Setiausaha
Institut Ibnu Hajar

s.k: 1. F i l e

Rabu, 21 Mei 2008

Seminar

Seminar Kewangan & Perbankan Islam

v Muqaddimah

Bersyukur apabila kelihatan semakin ramai muslim di negara ini yang mula memberikan perhatian tinggi dalam memastikan tanda halal wujud pada setiap barangan makanan yang ingin dibeli. Bagaimanapun, rasa kurang puas hati masih menyelubungi kerana kesedaran masyarakat terhadap halal haram di dalam urusan kewangan dan perbankan masih di tahap yang amat lemah.

Dalam Islam, kesedaran dengan membeli barangan yang bertanda halal sahaja, adalah sangat tidak mencukupi selagi mana barangan halal itu dibeli dengan duit haram, samada hasil riba, pelaburan yang tidak halal atau harta curi, rasuah dan pecah amanah serta lain-lain.

Suatu yang mendukacitakan apabila didapati majoriti umat Islam di Malaysia tidak memahami sebaiknya tatacara dan undang-undang Islam dalam hal ehwal kewangan, padahal majoriti individu tidak akan terlepas dari berurusan dengan urusan kewangan seperti kerjaya, perniagaan sampingan, membeli belah, berhutang dan sebagainya. Kefahaman umat Islam begitu kabur berkenaan Riba yang merupakan ‘ibu dosa’ dalam hal kewangan, perbezaan rasuah dan hadiah, jual beli dan pelaburan yang haram, pengurusan harta secara Islam, perbankan Islam dan banyak lagi yang berkaitan dengannya. Sampai bilakah kekaburan ini akan berterusan?

Dalam hal ehwal perbankan yang majoriti umat Islam terlibat dalamnya pula, amat ramai yang masih tidak dapat memahami sebaiknya perbezaan ketara antara produk dan perkhidmatan Perbankan Islam dengan produk yang di tawarkan Perbankan Konvensional. Masih ramai lagi yang menuding jari mengatakan produk dan perkhidmatan Perbankan Islam adalah cerminan produk Perbankan Konvensional, dengan hanya menukar sebutan ‘interest’ atau ‘bunga’ kepada nama-nama seperti Kadar Untung, ‘Ujr, dan lain-lain istilah di dalam Bahasa Arab yang sebenarnya hanyalah helah sahaja, kata mereka.

Justeru di kesempatan ini, seminar ini ingin diadakan untuk memberi pendekatan dan pendedahan yang termudah kepada masyarakat secara tersusun dan interaktif berkenaan kewajiban umat Islam bagi memantau pemerolehan harta mereka, di samping mengkaji halalnya barangan yang dibeli.

v Objektif

  • Mendedahkan disiplin Islam dalam hal kewangan secara umum dan praktikal.
  • Menjelaskan pengertian Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di institusi kewangan semasa.
  • Menjelaskan beberapa asas utama dalam pelaburan halal.
  • Pendedahan fenomena harta haram tanpa sedar. Seperti kes gaji, hadiah buat pegawai, kerja lebih masa dan sebagainya.
  • Menjelaskan secara ringkas dan padat akan perbezaan amalan bank Islam dan bank Konvensional.
  • Menyentuh dan menjawab beberapa isu semasa berkaitan perbankan Islam seperti kadar di perbakan Islam yang dikatakan lebih tinggi berbanding Konvensional dan lain-lain.
  • Mendedahkan kepentingan kontrak atau aqad di dalam kewangan Islam.
  • Memperkenalkan beberapa bentuk produk perbankan Islam.
  • Memberi ruang bagi orang awam memahami dengan lebih jelas hakikay sebenar proses kewangan mereka berjalan di perbankan Islam dan Konvensional.
  • Memberi ruang bagi dialog dan mendapatkan penjelasan sebenar tentang perbakan Islam.

v Penutup

Akhirnya, adalah diharapkan seminar ini akan mampu menjana ilmu yang amat berguna buat seluruh peserta dan juga dapat melahirkan generasi yang cintakan urusan kewangannya selamat dan halal. Kesan dari harta yang halal pastinya mampu menjadi nukleus ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang beridentiti Islam tulen, insya alLah.

Sekian, wasslam.

Disediakan oleh: Sri Zuraihan Binti Mohamad.

Ahad, 18 Mei 2008

Pemberitahuan

Seminar Kewangan & Perbankan Islam

Tarikh & Masa

31 Mei 2008 (Sabtu)

9.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat

Pusat CNI, Batu Berendam Putra

Melaka

Penceramah

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

B.A (Hons) Usuluddin, Universiti Malaya

M.A. Syari’ah (Jayyid Jiddan), Universiti al-Yarmouk, Jordan

Pensyarah Kuliah Ekonomi, IIUM

Bekas Ketua (Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Syariah)

RHB Islamic Bank Berhad

(anak syarikat Qatar Islamic Bank)